← All my thinking
Philosophy

Dunia Bergerak, Aku Berhenti Sekejap Untuk Menulis

Tentang ilmu, teknologi, rasa bosan, dan keperluan untuk memperlahankan fikiran dalam dunia yang tak pernah berhenti.

By Annawi Anuar · 11 October 2026 · 4 min read
Dunia Bergerak, Aku Berhenti Sekejap Untuk Menulis

Ada satu ketika, ilmu bergerak pada kadar kelajuan yang sama dengan kehidupan manusia. Cerita disampaikan dari mulut ke mulut, mana yang tahu cuba sebarkan melalui tulisan, tapi terhad. Penemuan teknologi baru di satu tempat perlukan masa kadang-kala berdekad untuk sampai ke tempat lain. Ilmu wujud tapi bertebaran, peluang terhad, orang kebanyakan sibuk untuk hidup daripada mengumpul ilmu. Ya, hidup susah waktu itu, tapi dunia tetap bergerak kedepan, dalam kelajuan yang berbeza.

Hinggalah pada abad ke-15, di suatu ceruk dunia, Gutenberg perkenal mesin cetak secara komersial. Tiba-tiba lambakan buku dan manuskrip muncul. Buku yang sebelumnya perlu disalin dengan tangan, perlukan berbulan untuk siapkan satu salinan, sekarang hanya perlukan sehari, dan murah.

Ilmu tidak lagi terhad pada orang-orang kaya. Ilmu boleh bergerak dengan lebih cepat dari satu tempat ke tempat lain, Orang ramai mula minat untuk belajar membaca. Lebih ramai boleh membaca dan menulis, lebih ramai yang boleh berkongsi ilmu. Idea bercambah-cambah. Perwarisan ilmu bukan lagi dari mulut ke mulut. Dan, arkib ilmu semakin besar - ciptaan selepas ciptaan muncul. Wujudnya komputer, kemudian internet, sekarang, AI.

Dan, itu buatkan aku kadang kala terfikir, tidakkah kemajuan teknologi kita lebih laju dari apa yang kemampuan fikiran manusia dapat kejar?

Aku seorang yang selalu curious, pada semua perkara, termasuklah teknologi.

Aku seronok nikmati proses, proses untuk dapatkan idea, teroka perkara baru, belajar yang banyak lagi benda kita belum belajar. Tapi sekarang, proses itu dah dipendekkan. Bila proses itu semakin pendek, kita dah terbiasa kejar hasil akhir. Sampailah perkara yang kita rasa mustahil untuk hasilkan satu masa dulu tiba-tiba jadi normal dan dah jadi sebahagian dari hidup kita.

Dulu, untuk nak tulis satu artikel di Universiti, macam-macam buku kita kena buka, pergi perpustakaan, berbincang dengan rakan, pensyarah, masih tak faham, ulang lagi dari awal. Sekarang, buka ChatGPT, Claude, Gemini, kalau masih tak faham, hantar prompt 'dumb down, explain like I'm five years old'. Mudah. Dan itu bukti dunia semakin laju. Orang semakin banyak persoalan nak tahu, pemikiran semakin laju, penemuan sains dan teknologi baru semakin pantas.

It is exciting, certainly. But also exhausting.

Manusia semakin pandai cari cara untuk jimatkan masa, untuk nak cepatkan semua perkara. Kita cari cipta robot untuk percepatkan production di kilang-kilang, kita cari cara untuk automate repetitive task, kita cipta cara untuk dapatkan jawapan untuk semua soalan dalam masa beberapa saat.

Tapi, kita tetap rasa tak cukup masa dalam dunia.

Mungkin kita pandai cari cara untuk jimatkan masa, tapi kita tak tahu nak buat apa dengan masa yang kita dah jimatkan. Mungkin soalan sebenarnya, bukan kelajuan teknologi, tapi adakah expectation kita untuk manusia bergerak selaju teknologi.

Teknologi tak rasa penat. AI tak perlu berhenti dan ambil nafas. Internet tak perlu berhenti merenung di luar jendela. Algoritma tak perlu untuk termenung cicah biskut dalam Kopi O sambil fikir fungsi kewujudan dia.

Tapi, manusia perlu semua itu. Manusia perlu untuk rasa bosan.

Ingat tak macam mana rasa bosan itu adalah sebahagian dari hidup. Dari rasa bosan itu manusia mula berimaginasi, berkhayal, berfikir dan menghayati. Sekarang, bosan itu satu yang sangat jarang berlaku.

Tengah tunggu orang, scroll Tiktok. Tengah beratur di kaunter Imigresen, baca Whatsapp. Sambil memandu, bersembang dengan AI. Dah siap-siap nak tidur, tengok Instagram. Nak melepaskan hajat di tandas, balas komen stranger di X pasal jerebu. Aku bukan kata orang, tapi diri sendiri.

Sentiasa ada perkara yang kita nak baca, nak ikut, dan nak lihat. Kita boleh baca dan lihat beratus beribu content, komen dan pendapat orang di internet. Kita boleh dengan mudah ikut pendapat orang. Tapi untuk kita bina dan fikir pendapat sendiri itu, tak mudah. Kita boleh ada akses kepada semua benda, semua ilmu, semua maklumat. Tapi, untuk cari ruang mental sendiri untuk reflek dengan rasional semua itu, semakin susah.

Sebab itulah aku menulis.

Aku nak jadikan ini satu ruang untuk aku slow down dalam kepantasan dunia, reflect diri dan semua perkara yang wujud dalam dunia. Aku tahu dah beratus beribu pendapat dan tulisan orang kat luar sana dalam semua isu dan semua perkara, dan tak semestinya pendapat dan pengetahuan aku dan apa yang aku hadam itu betul, tapi proses berfikir itu yang aku mahu. Dan mungkin selepas beberapa ketika, pendapat aku akan berubah, yang penting ada tempat yang aku tahu aku dah belajar dari sesuatu.

Dunia sentiasa bergerak. Teknologi sentiasa berevolusi esok lusa mungkin akan ada breakthrough baru, berita baru, penemuan baru.

And that is fine. I do not need to keep pace with every new thing to appreciate the world that is unfolding around me.

Sometimes, it is enough to observe.

To question.

To reflect.

To write.

The world is moving fast. This is my little corner where I choose to slow down.


#human#technology#philosophy
← Back to my thinking